Monday, 9 December 2013

Penternakan Balat di kg. Layak-Layak, Pitas Bhgn II

Ba jmpa lgi kta....ni kli lahhh.
.
Sangkar yang saya buat itu berkeluasan 40x40 persegi.Perkara yang paling sukar semasa membina sangkar penternakan balat itu ialah saat menggali lubang sepanjang 40x40 persegi.Kedalaman lubang dinding pukat jaring itu sekurang-kurangnya 6 atau 7 inci.Ini mengelakkan agar balat yang diternak tidak terlepas.Sepanjang lubang dinding sangkar itu saya letakkan batu-batan setinggi 5 inci.Jarak antara tiang-tiang sangkar saya itu ialah 2 kaki.Paling bagus kalau jarak antara tiang-tiang sangkar itu ialah 1 kaki.Kerana kepadatan tiang-tiang sangkar balat ini boleh mengelakkan sangkar daripada roboh akibat pukulan ombak.

Aspek yang harus diambil perhatian ialah memastikan pukat jaring tidakbermata besar.Setelah sangkar balat  itu siap di bina saya membiarkannya selama 3 hari tanpa memasukkan bibit-bibit balat ke dalamnya.selepas 3 hari saya meneliti dan memastikan agar tidak ada satu pn lubang sepanjang dinding sangkar balat itu.

Sepanjang saya menjaga sangkar balat putih banyak pengalaman yang telah saya pelajari....Sapa sangka balat putih tidak ada pantang.Nah....saya akan kongsikan beberapa pantang balat putih yang pernah saya lalui.
[I]  Cahaya lampu pump(semua lampu cahaya tinggi)
      
       Jangan menggunakan lampu bercahaya tinggi seperti lampu solar atau pump semasa menyimpan atau meloadingkan balat putih pada waktu malam.Kejadian ini pernah berlaku kepada saya.Waktu itu sangkar saya telah pun mempunyai 6056 biji bibit balat.Malam-malam saya memperolehi 400 lbih anak bibit balat.Sepanjang 3 malam berturut-turut itu saya menggunakan lampu pump untuk menyimpan anak bibit itu ke dalam sangkar. Setelah seminggu berlalu,air surut pun tiba.Pada waktu itu saya mengambil kesempatan untuk menghitung bilangan bibit-bibit.saya amat terkejut mendapati bilangan bibit-bibit itu tidak sampai 2000 biji.Saya menjangkakan bilangan bibit-bibit balat putih yang meloloskan diri sekitar 5000 lebih.Kemana perginya bibit-bibit balat putih itu?Sedangkan saya menjaga sangkar penternakan saya itu siang dan malam.Saya telah membuat uji kaji dan memastikan sangkar saya tidak  ada satu dinding pukat pun berlubang.Di sini saya telah membuat andaian balat putih memang tidak suka cahaya terang.
Fikir-fikirkan lah........

[II]Jangan membelah perut balat di dalam sangkar.elakkan isi perutnya tidak berada dalam sangkar.
      Yang ni saya tidak pernah lalui hihi...


Orait.....Lain kali kita akan cerita pla tentang penjagaan balat putih.Cukup lah sampai di sini saja...

 

Lain kalilahhhhhh......

No comments:

Post a Comment