Kali ni saya akan ceritakan macam mana saya menjaga balat putih pula....
Biasanya tiap-tiap tuhur(air surut)saya mencari anak-anak bibit di Pulau Mangka(batuan).Pulau ni satu-satunya tempat yang sangat banyak bibit balat di kg saya.Waktu musim barat adalah paling sesuai mencari anak bibit di pulau ni.Musim ni juga bisanya kami panggil musim bibit.
Pendek kata bibit balat di pulau ni memeng bnyk lah...
Semasa mencari bibit tu,saya akan pastikan bekas(tempat menyimpan balat) yang saya guna tu mempunyai ruang yang luas.Ini mengelakkan anak bibit itu tidak mati atau isi perutnya terkeluar akibat ruang yang sempit dan bertindih-tindih.Biasanya saya guna ialah belahan gelen dan besin.
Sepanjang mencari anak bibit itu saya akan pastikan tempat penyimpanan bibit itu tidak berair.Tidak perlu simpan air untuk mengelakkan perut anak bibit itu tidak mengembung.Kalau anak bibit yang di beli pula saya akan asingkan anak bibit yang berkulit nipis.
Step seterusnya ialah memastikan dinding sangkar tidak berlumut dan pertumbuhan rumpai-rumpai laut.Sekiranya kita membiarkan saja rumpai-rumpai laut itu tumbuh akan menyekat aliran arus air dan sumber makanan tambahan seperti plankton,alga dan anak-anak ikan masuk ke dalam sangkar.Ini juga memastikan tidak ada perasit dan ikan-ikan berbisa yang tinggal di situ.
Saya juga akan pastikan tidak ada pesaing di dalam sangkar itu.Antara pesaing yang saya maksudkan ialah tapak sulaiman,ulat bulu babi,landak laut(tayum) dan gamat.Langkah seterusnya ialah tiap-tiap pagi saya akan berjalan di dalam sangkar selama 15 minit.Kenapa???????
Sebab hasil tapak kaki kita itu akan membongkar tanah-tanah dan menjadi lumpur.Lumpur-lumpur ni akan mandap di atas dan menjadi makanan kepada anak bibit-bibit itu.Senangkan...tidak perlukan modal yang tinggi.
Last sekali ialah kena jaga sangkar balat putih setiap malam.Paling bagus ialah buat rumah-rumah kecil di atas tapak penternakan atau pun memelihara anjingsebagai benteng dan alarm.
Ba sampai sini ja untuk kali ni...kita jmpa lagi esokkkkkkk.....
....
My beloved family
Isteri tercinta dan anak-anak,ibu ayah dan adk-adk suma serta pak cik Tounon,pakcik Akong,pakcik sidat,pakcik long,pakcik tuluh,pakcik dumin dan semua keluarga tercinta.
Salam.
ReplyDeleteBagaimana cara mahu ke kg tanjung layak-layak?
Ada no tel jkkk untuk dihubungi?